Sajak: Bicara kekesalan
Bagaimana mungkin
aku mendekati-Mu
sedang diri
penuh kealpaan
dan hati
ada kala membeku
ada waktu di pesisiran buntu
tika akal jauh menerpa
akan kekhilafan gugusan dosa
yang kutebarkan helaiannya
Nalurikukah yang berdetak?
kalbukukah yang meronta?
tanpa bicara
tanpa kata
tanpa suara
hanya tulus doa
dapat kuhadapkan
beriringan air mata duka
akan penyesalan
sejuta kebencian
kedaifan diri nan rapuh
Dalam keterasingan ruang sepi
aku pasrah kepada-Mu
Nurul Husna,
Johor Bahru, Johor



C = ciuman
I = Itu
N = Nakal
T = Tapi
A = Asik
L = Lupakan
U = Urusan
P = Pacar
U = Untuk
S = Sementarah ;) .
great…..
Semuanya tentang kita-Ria Darwina
Aku tidak ingin sakitkan hatimu
didalam hati ini memang adanya kamu
dalam minda ini sentiasa memikirkan akan kamu
semua disini adalah mengenai kita
ya tentang kita
hati kita
perasaan kita
hasrat kita
malah kamu inginkan lebih dari itu
hingga diri ini menangis kerana kamu
sebenarnya lafaz kamu tidak punya salah
diriku mengerti sangat dengan isi hati kamu
hanya diri ini berbelah bagi akan semua ini
antara jiwaku yang menyayangi diri kamu
dan nyawaku saban hari diawan biru
kamu memang terlalu mengerti akan hal ini
sedetiknya maut begitu dekat diri ini sesaat menanti
jika diri ini pergi dahulu
kamu akan meratap sendirian
dan diri ini tidak pernah mahu melihat kegeriangan diri kamu dirampas
hanya sekelip mata selepas kebahgiaan didakap
semua ini tentang kita
mengenai kita
dan kamu yang benar-benar tahu
disini cerita kamu dan diri ini
dan kamu yang sentiasa dihatiku ini…
Januari 2010