Lebat daun bunga tanjung
Berbau harum bunga cempaka
Adat dijaga pusaka dijunjung
Baru terpelihara adat pesaka
Gadis Acheh berhati gundah
Menanti teruna menghulur tepak
Gula manis sirih menyembah
Adat dijunjung dipinggir tidak
Manis sungguh gula Melaka
Jangan dibancuh dibuat serbat
Sungguh teguh adat pusaka
Biar mati anak jangan mati adat
Anak teruna tiba di darat
Dari Makasar langsung ke Deli
Hidup di dunia biar beradat
Bahasa tidak dijual beli
Menanam kelapa di Pulau Bukum
Tinggi sedepa sudah berbuah
Adat bermula dengan hukum
Hukum bersandar di Kitab Allah
Buah berangan di rumpun pinang
Limau kasturi berdaun muda
Kalau berkenan masuklah meminang
Tanda diri beradat budaya
Laksamana berbaju besi
Masuk ke hutan melanda-landa
Hidup berdiri dengan saksi
Adat berdiri dengan tanda
Berbuah lebat pohon mempelam
Rasanya manis dimakan sedap
Bersebarlah adat seluruh alam
Adat pusaka berpedoman kitab
Ikan berenang di dalam lubuk
Ikan belida dadanya panjang
Adat pinang pulang ke tampuk
Adat sirih pulang ke gagang
Pokok pinang ditanam rapat
Puyuh kini berlari-lari
Samalah kita menjunjung adat
Tunggak budaya semai dihati
Bukan kacang sebarang kacang
Kacang melilit si kayu jati
Bukan datang sebarang datang
Datang membawa hajat di hati
Budak-budak berlari ke padang
Luka kaki terpijak duri
Berapa tinggi Gunung Ledang
Tinggi lagi harapan kami
Helang berbega Si Rajawali
Turun menyambar anak merbah
Dari jauh menjunjung duli
Sudah dekat lalu menyembah
Angin kencang turunlah badai
Seumur hidup cuma sekali
Tunduk kepala jatuh ke lantai
Jari sepuluh menjunjung duli
Gobek cantik gobek cik puan
Sirih dikunyah menjadi sepah
Tabik encik tabiklah tuan
Kami datang membawa sembah
Doa mustajab selalu terkabul
Kepada Allah kita panjatkan
Sebelum berlangsung ijab dan kabul
Majlis berinai kita dulukan



Bukan kacang sebarang kacang
Kacang melilit si kayu jati
Bukan datang sebarang DATANG
Datang membawa hajat di hati
saya rasa perenggan ke tiga tu tersilap taip
hai shahrul, terima kasih kerana menegur kesilapan saya tu..dah betul kan pun :)
pandainyer pantun….
hm..nape xleh nk copy..sy nk copy n paste utk wt rjukan nnt..nk gne kt skul..huhu..nway,it’s nice..keep it up !!
pandainyeeer berpantun leh ajar kitee x????nak ambik tuk wak rujukan leh x???
nape shahrul cakap silap……
kan da btul sbb die guna rima ‘ang’
bukan ‘tang’
hani pandai la awk wat pantun….
nanti kite nak copy tuk pertandingan…
lau menang kite kongsi la….hehehe……
bestnye ada web camni..
aku leh jugak cari2 idea nak rangkap pantun bila ader mjlis..
huhuhu..kadang2 bila nak kena pikir sendri blur gak..
tq laa kat korg sbb mewujudkan web2 gini..
bleh la tolong org macam aku nih..
pastu bleh trus menghidupkan tradisi..
tahniah2
saya mencari pantun lama yang ada menyebut perkataan nenas atau nanas, kalau boleh dapatkan penulisnya sekali
Perghhhh…best nie….tq ek….
bleh tak kongsi idea pantun yang boleh cerita kan tentang negeri melaka… ataupun pantun yang boleh ceritakan pembukaan negeri melaka
cempaka sari seri jambangan
subur tumbuhnya penuh merimbun
adat dikelek dibuang jangan
teras budaya turun temurun
Baru kembang bunga seroja,
Sudah ada orang mencuri;
Besar-besar istana raja,
Kecil-kecil pondok sendiri
APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PANTUN INI. ADAKAH YE BERMAKSUD SEBERAPA BESAR ATAU SEBERAPA INDAHNYA TEMPAT ORANG TAPI LEBIH BAIK DAN LEBIH BAHAGIA DITEMPAT KITA SENDIRI
baru jumpa laman ni..saja cuba2..
santun berbalas sekadar hiasan
kasut berkilat wajahnya diri
pantun diatas sekadar kiasan
maksud tersirat dibawah ini
indah seroja kembang bergaya
mungkin terasa mudah dicuri
istana raja lambang yang kaya
miskin merasa rendahnya diri
secawan bunga selasih
sekian terima kasih…hehe
maksud pantun: walaupun istana raja besar,cantik, semua ada tapi raja yang punya…tentu ada peraturan dan batasan yang penting kepunyaan orang lain. pondok sendiri mungkin berupa rumah tanpa mengira jenisnya walaupun mungkin kecil bagi sesetengah orang dan banyak kekurangan tapi apabila hak atau kepunyaan kita sendiri tentulah lebih baik/selesa/bahagia dsb…wallahuaklam..
rangkap pertama,adat pesaka atau adat pusaka????
sesape yg sudi leh ak tlg sya buat pantun bertemakan budi bahasa,ada pertandingan ni
nak 3 pantun.pls2
Orang lama kalau ikut adat nak kahwin mesti ada berbalas pantun.. Sekarang mana nak cari koleksi pantun2 macam tu ye?
mcm mne nk cri pantun untuk malam berinai ek?
dh puas mencari tp xjumpa…
harap kwn2 dpt membantu..
coz sy nk gunakannya untk hari perkahwinan
Santun sehari duduk bertapa
Terpecah cawan tika berdiri
pantun dicari tidak berjumpa
cubalah tuan reka sendiri
Daun palas sama ditekap
perdu pohonnya seakan keladi
tahu asas rima dan rangkap
tentu pantunnya akan menjadi
dalam hati nak tebang gaharu
tak daya cuba kat serai
salam dari orang baru
tak caya cuba le try…hehehe
best sgt ade pantun ni coz leh le menumpang pandang2…jeling2…utk mjls..
salam. ada tak pantun untuk menghubungkan kembali hubungan sanak saudara. Pasalnya ada sedara mara yg dh x bertegur sapa. padahal waris belaka
Makasih banget pantunnya..
Makasih buat pantunnya. Tapi, koq di blog lain juga sama persis ya???
trma kasih yae tas pantun-Nya dapat membantu tugas sya!!!!!!!
I have the Sazabi
terimakasih pantunnya :)