Bahasa Sudah Mati
Posted On Thursday, May 17, 2012 By admin. Under Variasi Puisi
Bahasaku jiwa bangsa
telah lama meniti gelombang hidup
dalam lipatan 600 tahun
menjadi tunjang kemelayuan.
Bahasaku kini
semakin tua
dimamah dihakis setiap masa
dalam ketaksuban
bahasa asing
yang pernah memijak
kemelayuan ini.
Bahasaku belum terpinggir
daripada kehitaman
daripada terpelosok di dalam peti
kerana masih ...
Kita Sama Berdiri, Memayungi ~ Sri Diah
Posted On Thursday, May 17, 2012 By admin. Under Variasi Puisi
(Dedikasi untuk bonda – Hajah Halijah Ibrahim
Sempena Sambutan Hari Ibu)
Aku harum berkembang dalam wangi tamanmu, bonda
Telah tersebar keseluruh alam, engkau selamanya ratu
Di sisiku kita sama-sama berdiri, memayungi
Bonda, sinambungkan nafiri, ...
Menggelepar ~ M.Ghazali
Posted On Tuesday, May 15, 2012 By admin. Under Variasi Puisi
Tumbuh dan berbunga
kental menyingkap diri
putih menyerah rela
merah berumbi di hati
Subur rasa dibakar
hitam nafas ditadah
menggelepar ke siang datar
sekuat hati membedah
Kaku kepunahan darah
dalam tanah aku menyembah
~ M.Ghazali
Dipetik dari Puisi Baharu Melayu
Abadi Di Sanubari
Posted On Monday, May 14, 2012 By admin. Under Variasi Puisi
Tika fajar menyinsing suasana
Dalam desas-desus nafas jiwa
Nun tangan menadah berdoa
Tangis, sedih, sendu dan duka
Mengadu pada Yang Mendengar Bicara
Berharap pada Yang Memenuhi Segala Cita.
Tercambahlah benih di sawah hati
Diairi dan menghijau bawah ...
Gurisan Masa
Masa pantas berputar
Berputar halus di dada dinding
Dada dinding medan hitungan
Hitungan jarinya petunjuk detik
Detiknya seolah sapaan lembut
Sapaan lembut bagi insan
Insan bernyawa lagi berakal
Berakal tentang detik waktu
Waktu yang hanya seketika cuma
Cuma ...


